Semalam..
Aku memandu sendirian.. Keretaku dipotong sebuah
kereta mewah. Hatiku terdetik; Bila agaknya aku akan ada kereta seumpama
ini?.. bila agaknya hidup aku akan berubah?..
Hari ini..
Sendirian
juga aku memandu. Hujan lebat memaksa aku memandu perlahan.. Memotong
sebuah motosikal. Penunggangnya seorang lelaki. Membonceng di
belakangnya seorang wanita sedang memangku seorang anak kecil. Baju si
ayah basah kuyup. begitu juga si ibu.. Baju hujan di bawa lansung tidak
dipakai. Baju hujan itu hanya menutup anak kecil di tengah-tengah. Ku
usap rambut di kepalaku.. kering.. dengan tak semena-mena air mataku
menitik.. Ya Allah.. Itukah aku?.. Itukah gambaran aku enam tahun yang
lalu?.. Ya.. itulah aku.
Aku yang sekarang sudah jauh
bezanya berbanding aku enam tahun lepas. Walau tiada kereta mewah,
anak-anakku tidak lagi menggigil kesejukan bila meredah hujan lebat.
Perjalananku tidak lagi terbantut tatkala melihat mendung di langit.
Dari situ aku sedar.. Jangan selalu memandang langit.. Sesekali
pandanglah bayang-bayang di bumi.. Bayang itu yang akan menunjukkan
tempat asalmu.. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki sekarang..
kerana apa yang kamu miliki sekarang belum tentu semua orang
memilikinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan