Khamis, 6 Oktober 2011

Tomorrow never dies. Are you sure?..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis rentetan mimpi-mimpi saya yang saya rasa amat rugi jika saya meninggalkankan dunia ini tanpa menceritakannya. Mimpi-mimpi ini saya alami sejak beberapa tahun lepas. Apa? Hanya sebuah mimpi?.. Tinggalkan saja post ini kalau ini hanya membuang masa anda.Sebaliknya terima kasih jika anda terus membaca..

       Suatu petang yang sunyi. Waktu itu aku berdiri di bawah sebatang pokok rambutan di hadapan rumah. Matahari semakin condong tanda akan terbenam menjemput malam menjelma. Tapi sesuatu menggangu fikiranku. Kenapa semalam matahari terbenam di sebelah belakang rumahku dan hari ini ia terbenam di sebelah hadapan pula? Dengan tidak semena-mena daun-daun rambutan yang berwarna hijau bertukar menjadi semakin kekuningan dan seterusnya kering. "MaasyaAllah.. Kenapa cepat sangat?", fikirku pada masa itu. "Kenapa aku tidak di beri peluang untuk aku bertaubat?.. Aku masih banyak dosa untuk mati..". Kemudian rambut hitamku bertukar menjadi keputihan seterusnya... aku terjaga. Peluh memenuhi seluruh muka ku. Sambil menyapu air mata yang mengalir, aku menadah tangan dan melafazkan Hamdalah..

Selang beberapa tahun selepas itu..

        Pada suatu petang, aku sedang menunggang motosikal di sebatang jalan. Di hadapanku sebuah kereta berhenti dengan mengejut. Aku tidak dapat mengawal motosikal dan terus melanggar belakang kereta itu. Di belakang, aku lihat sebiji trailer laju menghala ke arahku. Aku cepat-cepat bangun dan berlari ke tepi jalan bagi mengelak trailer itu. Nasib baik aku tak dilanggar. Aku melihat beberapa org berpakaian pelik berdiri berhampiran denganku. Mereka hanya diam melihatku. Dalam hati aku berkata," Tengok je?.. bukannya nk tolong..". Keadaan pada masa tu sunyi. Tidak ada apa-apa bunyi walaupun ketika itu ramai org yang berada di situ. Selang beberapa minit aku melihat seorang perempuan mendekatiku. "Dik.. kenapa kamu bangun semasa trailer menghala ke arah kamu?", katanya dengan nada seperti memarahiku. Aku bingung.. Apa yang dia nak beritahu?.. Aku tak faham. Dia seolah-olah faham yang aku kebingungan menyambung,"Kamu telah mati beberapa tahun lepas. Kamu masih hidup kalau kamu tak bangun dari tempat kamu jatuh dulu. Trailer yang menghala ke arah kamu tu hilang kawalan kerana diberhentikan secara mengejut. Kontena yang dibawa trailer tu terjatuh dan menimpa kamu". Aku terdiam."Bagaimana pula kamu mati kak?". "Aku mati sebab terkena renjatan elektrik dari peti ais beberapa tahun selepas kamu meninggal dik". Aku memandang sekeliling. Berderau darah aku bila melihat tulisan yang seolah-olah satu panel besar di kaki langit. Tulisan itu berbunyi,"SELAMAT DATANG. ANDA BERADA DI HARI PERTAMA DI ALAM BARZAKH". Tiada lain yang bermain di fikiran ketika itu.. Aku hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa,"Ya Allah.. Ampuni lah hambamu ini. Masih banyak dosaku kepadamu Ya Allah.. Berilah aku kesempatan untuk aku bertaubat kepadamu Ya Allah.. Aku tidak sanggup untuk masuk neraka Ya Allah.. Tolonglah hidupkan aku kembali. Aku akan bertaubat dan tidak akan lagi berbuat dosa kepadamu Ya Allah". Doaku bersungguh-sungguh sambil menangis. Dan.. Aku terjaga. Airmata memenuhi pipiku. Lantas ku sapu sambil mengucapkan Hamdalah..


Dan pagi tadi..

        Aku bermimpi lagi.. Kali ini aku melihat. Ramai orang di rumahku.. Di ruang tamu terbaring sekujur tubuh kaku. Itu aku. Aku berjalan-jalan. Aku lihat berbagai kerenah orang di situ. Ada yang rancak berborak sambil ketawa berdekah-dekah. Ada yang tunduk membisu. Dan yang buat aku sayu.. Ada beberapa wajah yang aku kenali sedang menangis teresak-esak. "Masih ada yang menyayangiku rupanya..",bisik hati kecilku.
Sekali lagi aku terjaga dari tidur. Kali ini aku tidak lagi menangis. Dulu aku sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Pernah juga terfikir untuk membunuh diri, tapi aku tahu itu dosa besar. Aku pernah juga berhajat untuk berjihad di Palestin untuk mengakhiri nyawaku. Lama-kelamaan aku tahu bahawa itu juga berdosa kerana hajatku hanya untuk mati walaupun caranya murni. Kini.. aku tahu aku masih perlu hidup untuk mereka yang masih memerlukanku. Aku juga perlu hidup untuk menebus segala dosa-dosaku.

Ya Allah..
Aku bersyukur ke hadratmu kerana diberi hidayah yang tidak semua orang dapat rasai ini..
InsyaAllah akan aku sampaikan hidayahmu ini kepada yang aku sempat sampaikan..
Berikanlah hidayah seperti yang aku dapat rasai ini kepada mereka yang lalai..
Lindungilah ibubapaku, isteriku, anak-anakku, saudara-saudaraku serta sahabat-sahabatku dari Annar..

Isteriku..
Janganlah kamu derhaka denganku..
Janganlah kamu derhaka pada kedua orang tuamu..
Jagalah hubungan kamu dengan insan-insan yang lain..
Patuhilah segala suruhan agama..
Insyaallah al-jannah menunggumu..
Ketika kamu masih bujang, dosamu ibubapamu pikul..
Setelah aku mengahwinimu, segala dosamu aku galas..
Biarpun berat tanggungjawabku, aku redha demi kasih sayangku kepadamu..
Dan jika kamu kasihaniku, kurangkanlah beban yang aku pikul itu dengan taubat nasuha..

Anak-anakku..
Jauhilah dirimu dari perkara-perkara yang mungkar..
Perbanyakkanlah amal ibadahmu di dunia sebagai bekalan di akhirat sana..
Jadilah kamu seorang anak yang soleh..
Tiada apa-apa yang akan ku bawa apabila ku mati kelak kecuali sedekah dan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari kalian semua..

Sahabat-sahabatku..
Marilah kita saling mengingatkan untuk perkara-perkara yang baik..
Marilah sama-sama kita tinggalkan perrkara-perkara yang mungkar..
Marilah kita sama-sama bertaubat.. Aku akan sunyi tanpa kamu semua..
Aku tidak sanggup untuk menatap jenazahmu jika kamu semua pergi tanpa sempat bertaubat..
Jika aku pergi terlebih dahulu,
Ampunkanlah segala salah silapku..
Halalkanlah makan dan minumku..
Halalkanlah segala hutang piutangku. Jikapun kamu tidak mampu menghalalkan sebegitu sahaja, tuntutlah hutang itu dengan saudara-saudaraku yang masih hidup.. InsyaAllah mereka akan gunakan sisa-sisa harta duniaku untuk melangsaikan segala hutang-hutangku di dunia..
Aku tidak mahu pergi dengan dibebani hutang.. bebaskanlah aku dari rantaian dunia..

Alhamdulillah.. jika aku mati seketika nanti.. aku sudah menunaikan hajatku untuk menyampaikan ini kepada kamu semua..

Isnin, 26 September 2011

You are always in my memories, Mom..

Hi, Mommy.

...I'm your baby. You don't know me yet, I'm only a few
weeks old. You're going to find out about me soon, though, I promise.
Let me tell you some things about me. I have no name, and I've got
beautiful brown eyes and black hair. Well, I don't have it yet, but I
will when I'm born. I'm going to be your only child, and you'll call me
your one and only. I'm going to grow up without a daddy mostly, but we
have each other. We'll help each other, and love each other. I want to
be a doctor when I grow up.



You found out about me today, Mommy! You were so excited, you couldn't
wait to tell everyone. All you could do all day was smile, and life was
perfect. You have a beautiful smile, Mommy. It will be the first face I
will see in my life, and it will be the best thing I see in my life. I
know it already.



Today was the day you told Daddy. You were so excited to tell him about
me! ...He wasn't happy, Mommy. He kind of got angry. I don't think that
you noticed, but he did. He started to talk about something called
wedlock, and money, and bills, and stuff I don't think I understand
yet. You were still happy, though, so it was okay. Then he did
something scary, Mommy. He hit you. I could feel you fall backward, and
your hands flying up to protect me. I was okay... but I was very sad
for you. You were crying then, Mommy. That's a sound I don't like. It
doesn't make me feel good. It made me cry, too. He said sorry after,
and he hugged you again. You forgave him, Mommy, but I'm not sure if I
do. It wasn't right. You say he loves you... why would he hurt you? I
don't like it, Mommy.



Finally, you can see me! Your stomach is a little bit bigger, and
you're so proud of me! You went out with your mommy to buy new clothes,
and you were so so so happy. You sing to me, too. You have the most
beautiful voice in the whole wide world. When you sing is when I'm
happiest. And you talk to me, and I feel safe. So safe. You just wait
and see, Mommy. When I am born I will be perfect just for you. I will
make you proud, and I will love you with all of my heart.



I can move my hands and feet now, Mommy. I do it because you put your
hands on your belly to feel me, and I giggle. You giggle, too. I love
you, Mommy.



Daddy came to see you today, Mommy. I got really scared. He was acting
funny and he wasn't talking right. He said he didn't want you. I don't
know why, but that's what he said. And he hit you again. I got angry,
Mommy. When I grow up I promise I won't let you get hurt! I promise to
protect you. Daddy is bad. I don't care if you think that he is a good
person, I think he's bad. But he hit you, and he said he didn't want
us. He doesn't like me. Why doesn't he like me, Mommy?



You didn't talk to me tonight, Mommy. Is everything okay?



It's been three days since you saw Daddy. You haven't talked to me or
touched me or anything since that. Don't you still love me, Mommy? I
still love you. I think you feel sad. The only time I feel you is when
you sleep. You sleep funny, kind of curled up on your side. And you hug
me with your arms, and I feel safe and warm again. Why don't you do
that when you're awake, any more?



I'm 21 weeks old today, Mommy. Aren't you proud of me? We're going
somewhere today, and it's somewhere new. I'm excited. It looks like a
hospital, too. I want to be a doctor when I grow up, Mommy. Did I tell
you that? I hope you're as excited as I am. I can't wait.



...Mommy, I'm getting scared. Your heart is still beating, but I don't
know what you are thinking. The doctor is talking to you. I think
something's going to happen soon. I'm really, really, really scared,
Mommy. Please tell me you love me. Then I will feel safe again. I love
you!




Mommy, what are they doing to me!? It hurts! Please make them stop! It
feels bad! Please, Mommy, please please help me! Make them stop!



Don't worry Mommy, I'm safe. I'm in heaven with the angels now. They
told me what you did, and they said it's called an abortion.



Why, Mommy? Why did you do it? Don't you love me any more? Why did you
get rid of me? I'm really, really, really sorry if I did something
wrong, Mommy. I love you, Mommy! I love you with all of my heart. Why
don't you love me? What did I do to deserve what they did to me? I want
to live, Mommy! Please! It really, really hurts to see you not care
about me, and not talk to me. Didn't I love you enough? Please say
you'll keep me, Mommy! I want to live smile and watch the clouds and
see your face and grow up and be a doctor. I don't want to be here, I
want you to love me again! I'm really really really sorry if I did
something wrong. I love you!





I love you, Mommy.



Every abortion is just…



One more heart that was stopped.

Two more eyes that will never see.

Two more hands that will never touch.

Two more legs that will never run.

One more mouth that will never speak.



If you’re against abortion, reblog.

Khamis, 22 September 2011

Aku, hujan dan semalam..

Semalam..
Aku memandu sendirian.. Keretaku dipotong sebuah kereta mewah. Hatiku terdetik; Bila agaknya aku akan ada kereta seumpama ini?.. bila agaknya hidup aku akan berubah?..

Hari ini..
Sendirian juga aku memandu. Hujan lebat memaksa aku memandu perlahan.. Memotong sebuah motosikal. Penunggangnya seorang lelaki. Membonceng di belakangnya seorang wanita sedang memangku seorang anak kecil. Baju si ayah basah kuyup. begitu juga si ibu.. Baju hujan di bawa lansung tidak dipakai. Baju hujan itu hanya menutup anak kecil di tengah-tengah. Ku usap rambut di kepalaku.. kering.. dengan tak semena-mena air mataku menitik.. Ya Allah.. Itukah aku?.. Itukah gambaran aku enam tahun yang lalu?.. Ya.. itulah aku.

Aku yang sekarang sudah jauh bezanya berbanding aku enam tahun lepas. Walau tiada kereta mewah, anak-anakku tidak lagi menggigil kesejukan bila meredah hujan lebat. Perjalananku tidak lagi terbantut tatkala melihat mendung di langit. Dari situ aku sedar.. Jangan selalu memandang langit.. Sesekali pandanglah bayang-bayang di bumi.. Bayang itu yang akan menunjukkan tempat asalmu.. Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki sekarang.. kerana apa yang kamu miliki sekarang belum tentu semua orang memilikinya..

Rabu, 21 September 2011

Hari pertama..

Hari ini, ditanggal 21 September 2011 @ 1600Hrs, aku mula menulis coretan yang pertama. Harap ini bukan yang terakhir. Pastinya ini langkah pertama untuk langkah seterusnya.. Semoga setiap nukilan membawa erti untuk setiap insan kerana insan terbaik ialah insan yang membawa manfaat kepada insan-insan yang lain..