Hari ini saya terpanggil untuk menulis rentetan mimpi-mimpi saya yang saya rasa amat rugi jika saya meninggalkankan dunia ini tanpa menceritakannya. Mimpi-mimpi ini saya alami sejak beberapa tahun lepas. Apa? Hanya sebuah mimpi?.. Tinggalkan saja post ini kalau ini hanya membuang masa anda.Sebaliknya terima kasih jika anda terus membaca..
Suatu petang yang sunyi. Waktu itu aku berdiri di bawah sebatang pokok rambutan di hadapan rumah. Matahari semakin condong tanda akan terbenam menjemput malam menjelma. Tapi sesuatu menggangu fikiranku. Kenapa semalam matahari terbenam di sebelah belakang rumahku dan hari ini ia terbenam di sebelah hadapan pula? Dengan tidak semena-mena daun-daun rambutan yang berwarna hijau bertukar menjadi semakin kekuningan dan seterusnya kering. "MaasyaAllah.. Kenapa cepat sangat?", fikirku pada masa itu. "Kenapa aku tidak di beri peluang untuk aku bertaubat?.. Aku masih banyak dosa untuk mati..". Kemudian rambut hitamku bertukar menjadi keputihan seterusnya... aku terjaga. Peluh memenuhi seluruh muka ku. Sambil menyapu air mata yang mengalir, aku menadah tangan dan melafazkan Hamdalah..
Selang beberapa tahun selepas itu..
Pada suatu petang, aku sedang menunggang motosikal di sebatang jalan. Di hadapanku sebuah kereta berhenti dengan mengejut. Aku tidak dapat mengawal motosikal dan terus melanggar belakang kereta itu. Di belakang, aku lihat sebiji trailer laju menghala ke arahku. Aku cepat-cepat bangun dan berlari ke tepi jalan bagi mengelak trailer itu. Nasib baik aku tak dilanggar. Aku melihat beberapa org berpakaian pelik berdiri berhampiran denganku. Mereka hanya diam melihatku. Dalam hati aku berkata," Tengok je?.. bukannya nk tolong..". Keadaan pada masa tu sunyi. Tidak ada apa-apa bunyi walaupun ketika itu ramai org yang berada di situ. Selang beberapa minit aku melihat seorang perempuan mendekatiku. "Dik.. kenapa kamu bangun semasa trailer menghala ke arah kamu?", katanya dengan nada seperti memarahiku. Aku bingung.. Apa yang dia nak beritahu?.. Aku tak faham. Dia seolah-olah faham yang aku kebingungan menyambung,"Kamu telah mati beberapa tahun lepas. Kamu masih hidup kalau kamu tak bangun dari tempat kamu jatuh dulu. Trailer yang menghala ke arah kamu tu hilang kawalan kerana diberhentikan secara mengejut. Kontena yang dibawa trailer tu terjatuh dan menimpa kamu". Aku terdiam."Bagaimana pula kamu mati kak?". "Aku mati sebab terkena renjatan elektrik dari peti ais beberapa tahun selepas kamu meninggal dik". Aku memandang sekeliling. Berderau darah aku bila melihat tulisan yang seolah-olah satu panel besar di kaki langit. Tulisan itu berbunyi,"SELAMAT DATANG. ANDA BERADA DI HARI PERTAMA DI ALAM BARZAKH". Tiada lain yang bermain di fikiran ketika itu.. Aku hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa,"Ya Allah.. Ampuni lah hambamu ini. Masih banyak dosaku kepadamu Ya Allah.. Berilah aku kesempatan untuk aku bertaubat kepadamu Ya Allah.. Aku tidak sanggup untuk masuk neraka Ya Allah.. Tolonglah hidupkan aku kembali. Aku akan bertaubat dan tidak akan lagi berbuat dosa kepadamu Ya Allah". Doaku bersungguh-sungguh sambil menangis. Dan.. Aku terjaga. Airmata memenuhi pipiku. Lantas ku sapu sambil mengucapkan Hamdalah..
Dan pagi tadi..
Aku bermimpi lagi.. Kali ini aku melihat. Ramai orang di rumahku.. Di ruang tamu terbaring sekujur tubuh kaku. Itu aku. Aku berjalan-jalan. Aku lihat berbagai kerenah orang di situ. Ada yang rancak berborak sambil ketawa berdekah-dekah. Ada yang tunduk membisu. Dan yang buat aku sayu.. Ada beberapa wajah yang aku kenali sedang menangis teresak-esak. "Masih ada yang menyayangiku rupanya..",bisik hati kecilku.
Sekali lagi aku terjaga dari tidur. Kali ini aku tidak lagi menangis. Dulu aku sudah putus asa untuk meneruskan hidup. Pernah juga terfikir untuk membunuh diri, tapi aku tahu itu dosa besar. Aku pernah juga berhajat untuk berjihad di Palestin untuk mengakhiri nyawaku. Lama-kelamaan aku tahu bahawa itu juga berdosa kerana hajatku hanya untuk mati walaupun caranya murni. Kini.. aku tahu aku masih perlu hidup untuk mereka yang masih memerlukanku. Aku juga perlu hidup untuk menebus segala dosa-dosaku.
Ya Allah..
Aku bersyukur ke hadratmu kerana diberi hidayah yang tidak semua orang dapat rasai ini..
InsyaAllah akan aku sampaikan hidayahmu ini kepada yang aku sempat sampaikan..
Berikanlah hidayah seperti yang aku dapat rasai ini kepada mereka yang lalai..
Lindungilah ibubapaku, isteriku, anak-anakku, saudara-saudaraku serta sahabat-sahabatku dari Annar..
Isteriku..
Janganlah kamu derhaka denganku..
Janganlah kamu derhaka pada kedua orang tuamu..
Jagalah hubungan kamu dengan insan-insan yang lain..
Patuhilah segala suruhan agama..
Insyaallah al-jannah menunggumu..
Ketika kamu masih bujang, dosamu ibubapamu pikul..
Setelah aku mengahwinimu, segala dosamu aku galas..
Biarpun berat tanggungjawabku, aku redha demi kasih sayangku kepadamu..
Dan jika kamu kasihaniku, kurangkanlah beban yang aku pikul itu dengan taubat nasuha..
Anak-anakku..
Jauhilah dirimu dari perkara-perkara yang mungkar..
Perbanyakkanlah amal ibadahmu di dunia sebagai bekalan di akhirat sana..
Jadilah kamu seorang anak yang soleh..
Tiada apa-apa yang akan ku bawa apabila ku mati kelak kecuali sedekah dan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari kalian semua..
Sahabat-sahabatku..
Marilah kita saling mengingatkan untuk perkara-perkara yang baik..
Marilah sama-sama kita tinggalkan perrkara-perkara yang mungkar..
Marilah kita sama-sama bertaubat.. Aku akan sunyi tanpa kamu semua..
Aku tidak sanggup untuk menatap jenazahmu jika kamu semua pergi tanpa sempat bertaubat..
Jika aku pergi terlebih dahulu,
Ampunkanlah segala salah silapku..
Halalkanlah makan dan minumku..
Halalkanlah segala hutang piutangku. Jikapun kamu tidak mampu menghalalkan sebegitu sahaja, tuntutlah hutang itu dengan saudara-saudaraku yang masih hidup.. InsyaAllah mereka akan gunakan sisa-sisa harta duniaku untuk melangsaikan segala hutang-hutangku di dunia..
Aku tidak mahu pergi dengan dibebani hutang.. bebaskanlah aku dari rantaian dunia..
Alhamdulillah.. jika aku mati seketika nanti.. aku sudah menunaikan hajatku untuk menyampaikan ini kepada kamu semua..
